Youtuber ke Blogger demi mendepani cabaran dunia pendidikan di Malaysia


 



Bermula dari penubuhan Akademi Youtuber Malaysia pada 02 Julai 2020, kini Akademi Youtuber Malaysia atau lebih sinonim dengan gelaran "AYU" mengorak langkah membuka lembaran tahun baharu 2023 dengan menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung dari studio RTM, Angkasapuri pada Sabtu, 14 Januari 2023.

Sudah semestinya ia menjadi permulaan yang baik bagi semua "adik beradik AYU" dan tentunya yang lebih membanggakan Pengasas Akademi Youtuber Malaysia iaitu YM Yu Suffi dan Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia iaitu Yu Zuly telah diberi kesempatan untuk memperkenalkan AYU meskipun sebenarnya ia telah dikenali oleh anak-anak pelajar seluruh Malaysia hampir 2 tahun yang lalu sewaktu PKP.

Kelas Tuisyen Online secara percuma yang dikendalikan oleh sukarelawan AYU seluruh Malaysia telah menjadi pilihan anak-anak pelajar selain video PdPc yang dihasilkan oleh sukarelawan untuk semua peringkat iaitu dari Pra sekolah sehinggalah ke Matrikulasi.

Bertepatan dengan visi kita bantu kita, maka segala ilmu yang dikongsikan oleh pihak pengurusan AYU telah memberikan semangat yang luarbiasa kepada semua sukarelawan AYU yang terdiri daripada guru-guru KPM dan swasta seluruh Malaysia malahan ada yang telah bersara dari dunia pendidikan untuk disalurkan semula kepada anak-anak pelajar dan rakan guru yang lain.

Sekali PERCUMA, selamanya PERCUMA menjadi tagline dan motivasi positif kepada semua sukarelawan yang lebih mesra disapa "adik beradik AYU". Semoga ilmu yang diperoleh dalam AYU dapat memberi manfaat kepada bukan sahaja buat  semua anak-anak pelajar malahan kepada rakan guru yang lain. 

Sama-samalah kita mencari alternatif dan mempelajari bersama apa sahaja yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia selain cabaran dunia pendidikan digital. Sendirian kita biasa, bersama kita luarbiasa

Teruskan melangkah mencipta kecemerlangan ! Ayuh mara para ilmuwan AYU...


#terimakasihrtm
#akademiyoutuber 
#selamatpagimalaysia 
#pendidikandigital
#kitabantukita 
#tuisyenpercuma

Terbaru Lebih lama