Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 6 (STAM) : KISAS

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 (STAM) : KISAS


MAKLUMAT PENTING

Maklumat Umum:
1.Pemohonan ke Tingkatan 6 (STAM) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISS) ini dibuka bermula 16 Januari sehingga 24 Februari 2023.
2.Pemohon yang mengisi borang permohonan ini secara dalam talian SAHAJA yang akan diproses.
3. Pemohon mestilah memenuhi Syarat Umum dan Syarat Khusus seperti yang telah ditetapkan.
4. Pemohon yang disenarai pendek SAHAJA akan dipanggil untuk menghadiri Temuduga Khas yang
akan ditetapkan.
5.Surat Panggilan Temuduga dan Surat Tawaran Kemasukan bagi pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan dalam borang permohonan ini.

 

Syarat Umum:
1. Warganegara Malaysia;
2. Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf;
3. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan;
4. Calon SPM tahun 2022;
5. Sihat tubuh badan;
6. Membuat permohonan secara dalam talian sahaja

 

Syarat Khusus:
1. Pencapaian Akademik:
• Mencapai keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA atau SMTQ atau SMU
atau;
• Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran elektif Agama atau;
• Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Kurikulum Dini.
2. Mencapai keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab;
3. Lulus dalam temuduga khas.

 

🗓 Tarikh Permohonan:
16 Januari - 24 Februari 2023


MAKLUMAT LANJUT:
🌐 pengetua.kisas@moe.gov.my
📞 03-33711658
🌐 upkm.bpsbp@moe.gov.my
📞 03-83217400
Terbaru Lebih lama