Teruskan langkahmu...

 



SELAMAT TAHUN BARU 2023

Tahniah buat semua adik beradik AYU ( Akademi Youtuber Guru Malaysia ) dan sudah semestinya diri saya sendiri 😍 yang telah berjaya menyahut cabaran Yu Suffi untuk memiliki domain sendiri menjelang tahun baru 2023.

Semuanya bermula dengan keinginan untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru agar dapat dimanfaatkan untuk kebaikan semua. Maka, berbekalkan pengetahuan yang agak cetek berkaitan blog 
( meskipun memang saya minat menulis 😅 ) dan kelebihan mempunyai domain sendiri, maka saya cabar diri untuk mencuba...

Alhamdulillah pada 30 Nov 2022 ( birthday anak sulung ) saya mula menulis di blog buat pertama kalinya. Seterusnya pada 22 Dis 2022 saya memberanikan diri untuk memiliki domain sendiri iaitu www.cghidayahyusoff.com ( boleh baca di entri saya tentang perjalanan saya untuk memiliki domain sendiri 🥰 )

Tiada apa yang saya harapkan melainkan semoga tahun 2023 akan memberikan 1001 sinar dalam usaha saya untuk menimba ilmu dan seterusnya memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia pendidikan yang semakin berwarna-warni..😘 

Bersesuaian dengan impian ke arah dunia pendidikan digital, maka bermula bulan Julai tahun 2020, saya telah dipertemukan dengan AYU yang banyak mengajar saya tentang dunia youtube sehingga saya berjaya memiliki channel youtube sendiri iaitu https://www.youtube.com/@CgHidayahYusoff ( mohon view, like, subscribe dan share ye 😂 ) dan digelar sebagai "youtuber pendidikan" setelah tamat sesi pembelajaran dan melaksanakan pelbagai cabaran serta tugasan di dalam AYU. 

Kini, saya ingin mencuba sesuatu yang baharu iaitu menjadi "blogger pendidikan". Semoga anda semua dapat menjadi pendorong dan  mendoakan agar saya terus istiqomah dalam merealisasikan impian saya. 

Diharapkan perkongsian saya nanti akan memberi manfaat kepada semua.. 

Sekian coretan ringkas dari Cg Hidayah Yusoff ❤️

7 Ulasan

Terbaru Lebih lama