Selamat kembali ke sekolah....



 


Buat semua anak pelajar cikgu yang akan kembali ke sekolah esok 3/1/2023 , teruskan perjuangan kamu dalam mencapai cita-cita kamu untuk ke menara gading. Usah toleh ke belakang, sebaliknya teruskan melangkah kerana itu yang sebaiknya. 🥰

Tiada jalan pintas untuk mencipta kecemerlangan melainkan kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Cikgu percaya setiap dari anak-anak pelajar mengimpikan kejayaan, maka ciptalah kejayaan tersebut dengan usaha kita sendiri. Jangan pernah menyerah ketika kamu masih mampu berusaha lagi. Tidak ada kata berakhir sehingga kamu berhenti mencuba. Bak kata pepatah 
" hendak 1 000 daya, mahu 1 000 cara, bukannya berikan 1 000 alasan "

Semoga tahun 2023 ini akan memberikan pengalaman dan kenangan terindah buat anak-anak pelajar. Ayuh bangkit dari kegagalan lalu, ciptalah kecemerlangan untuk sebuah kegemilangan. Cikgu yakin anak-anak pelajar BOLEH..💪🏻💪🏻💪🏻

#cghidayahyusoff
#andabuntucghidayahbantu


Terbaru Lebih lama