QUIZIZZ Certified Game Changer : Saya sudah..Anda bila lagi ?




Apa yang menarik apabila berada dalam kalangan adik beradik AYU ini ialah bila semuanya tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu dan sentiasa saling membantu dan memberikan semangat kepada sesama sendiri.

Malam tadi baru berkesempatan untuk membaca "racun" yang ditaburkan dalam group 😅 dan sangat teruja selepas seorang demi seorang menghantar sijil yang diterima mereka dalam group, dan salah satunya ialah Quizizz : Certified Game Changer. Memang selalu dalam group akan ada sesi meracun dan membakar 😩 ..tapi untuk ilmu dan kebaikan, apa salahnya kan...😂😂

Nampak cantik sangat sijil yang diberikan kepada mereka yang lulus...( purple tu favourite colour 😍 ) , maka saya pun mencuba untuk menjawab soalan demi sijil yang comel 😁. Kesemua soalan ada 7 modul dan berkaitan dengan fitur yang ada dalam aplikasi Quizizz. Alhamdulillah...walaupun ada juga yang terbabas jawapannya 😁 ( ada soalan Maths, Sains , Bahasa Sepanyol 😬 ) akhirnya lulus dan berjaya dapat sijil comel ni..🥳🥳

Kepada rakan yang ingin turut mendapatkan sijil ini, bolehlah ke pautan ini. Lepas tu klik je Get Certified dan ikut sahaja arahan yang diberikan. Jangan risau ya... ada ja video jika kurang yakin dengan jawapan.😍 Oops..lupa nak inform, markah lulus 80% ke atas. 💪🏻

Bagi saya yang sudah agak lama tidak menggunakan Quizizz dalam kelas, banyak fitur baru yang sangat menarik dan sudah semestinya boleh menjadikan PdPc kita lebih seronok.. So, tunggu apa lagi..jom tambah sijil tahun 2023 sambil-sambil dapat tambah nilai pengajaran kita dalam kelas😘.

GOOD LUCK





 

Terbaru Lebih lama