KEISTIMEWAAN BULAN MUHARRAM

 


Keistimewaan Bulan Muharram

Terdapat nas yang menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram.

( Bulan Zulkaedah, bulan Zulhijjah, bulan Muharram, bulan Rejab )


Antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.


Ini adalah kerana bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.


Menariknya, bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah, di mana gelaran ini amat istimewa kerana tidak disebut pada bulan-bulan lain. 


Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.


Di dalam bulan Muharram juga ada Hari Asyura iaitu hari ke 10 dalam bulan tersebut. Banyak peristiwa penting dan bersejarah berlaku pada hari tersebut. Dalam hadith riwayat Muslim, sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya.


❤️ Salam sayang dari cg Hidayah Yusoff ❤️


Kredit : foto dari fb prompter guru



Terbaru Lebih lama