RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM


INFO KPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023. 

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.

Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah

Sumber : fb rasmi KPM
Terbaru Lebih lama