SALAM MAAL HIJRAH 1445H


Salam Maal Hijrah

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.

Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

HR Bukhari.


Didoakan agar semua rakan-rakan :

  • Dipanjangkan umur
  • Dimurahkan rezeki
  • Ditetapkan keimanan
  • Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang baik kesihatan yang baik
  • Berjaya di dunia dan akhirat, dan;
  • Sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Yang Maha Esa.

Salam Awal Muharram 1445 H
19 Julai 2023




Terbaru Lebih lama