Pendaftaran Murid Tahun 1

Pendaftaran Murid Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 dibuka pada 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023 di pautan https://idme.moe.gov.

Kelayakan memohon adalah untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2.1.2017 hingga 1.1.2018

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Layari portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login

2. Klik Pengguna Baru

3. Tekan Daftar Pengguna

4. Klik Daftar

5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar

6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1

7. Klik Permohonan Baharu

8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar

9. Lengkapkan maklumat berikut:

 • Maklumat murid

 • Maklumat kesihatan

 • Maklumat ibu bapa dan penjaga

10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan

13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

14. Status permohonan murid akan dipaparkan.

15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.


Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023


Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023. Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.

Terbaru Lebih lama