Malam Nisfu Sya’ban


Nisfu Sya’ban merupakan malam terbaik selepas malam Lailatul Qadar, malah nama lain bagi malam ini disebut sebagai Lailatul Mubarakah (Malam Keberkatan).

Perkataan Nisfu bermaksud separuh(Nisf) dalam erti kata bahasa Melayunya, yang seterusnya apabila digabungkan menjadi Nisfu Sya’ban ia membawa makna separuh daripada Bulan Sya’ban, iaitu hari ke-15.

Malam ini merupakan satu malam, di mana buku catatan amalan orang Islam selama setahun akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Pada tahun ini, malam Nisfu Sya’ban telah jatuh pada tarikh 15 Sya’ban iaitu pada 8 Mac 2023, Rabu.

Hal ini bermaksud malam Nisfu Sya’ban telah pun bermula setelah masuk waktu Maghrib pada 7 Mac 2023 (Selasa).

Oleh yang demikian, marilah kita merebut peluang ini untuk memperbanyakkan doa dan amalan serta memperbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadhan. Semoga doa dan segala amalan kita diterima Allah SWT.


Amin Ya Rabbal’ Alamin.

Terbaru Lebih lama