SALAM 1 SYA'ABAN 1444 H



Tanpa kita sedar, Rejab telah berlalu pergi, manakala Sya'aban 1444 H pula menjengahkan diri. Semoga kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.

Rasulullah S.A.W menyarankan umatnya untuk memperbanyakkan berdoa terutama apabila tibanya tiga bulan ini ;
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkahilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadan) kepada kami pada bulan Ramadan”.
( HR Ahmad & At Tabrani )

Ada banyak kelebihan dan fadilat bulan Sya'aban, antaranya amalan tahunan kita akan diangkat oleh malaikat kepada Allah SWT dalam bulan ini. Oleh yang demikian, marilah kita memperbanyakkan amalan soleh dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban.

Niat puasa sunat :
نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى
Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya'aban kerana Allah Ta'ala.


Selain itu, di pertengahan bulan Sya'aban juga ada satu malam yang dipanggil Nisfu Sya'aban yang merupakan antara 5 malam yang dinantikan oleh seluruh umat Islam disebabkan mustajabnya doa.


Marilah kita semua bersama-sama memohon agar diberikan kesempatan untuk memperoleh fadhilat dan keistimewaan bulan Sya'aban dan seterusnya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini...

SALAM 1 SYA'ABAN 1444 H

sumber infografik : JAKIM

Terbaru Lebih lama