Scammer !!


Lapor... Jangan tak lapor...




Setelah  dinasihatkan oleh seorang rakan tentang perlunya aduan dan laporan tentang penyamaran yang dilakukan oleh individu yang tidak dikenali menggunakan nama dan gambar profil saya di aplikasi telegram..

Maka sebentar tadi dalam pukul 9.45 malam selepas husband balik kerja, terus ajak ke balai polis.. Mmg ikut hati tak nak ke balai polis (😅 rasa cam ada buat salah kalau gi balai ) namun bila fikirkan kalau-kalau individu tu nanti gunakan akaun telegram tersebut untuk scam orang ka, buat jenayah ka..hah..kan masalah tu..🤔 

Makanya tepat jam 10.25 malam selesai la aduan dan laporan berkaitan perkara tersebut.. terima kasih Puan Inspektor sudi karangkan laporan saya ☺️ Moga tiada yang terkena dengan individu yang menggelarkan dirinya “Cg Hidayah Yusoff” dan menggunakan gambar profil saya. 

Tak pasti apa niat beliau, tapi saya nak dia tahu…matlamat tidak menghalalkan cara..

#kitajagakita
#sayaCgHidayahYusoffsebenar
#kalautakpastijangankongsi

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama