SALAM ISRAK MIKRAJ 1444 H

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj 1444 H. Marilah kita memohon berkah dan pengampunan dari Allah SWT. Semoga kita selalu dalam lindunganNya.

Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah mengutus Nabi Muhammad SAW untuk membimbing kita semua dari kegelapan ke jalan yang penuh cahaya terang. Semoga syafaat Nabi Muhammad SAW senantiasa menyertai hidup kita baik di dunia mahupun di akhirat.


Mari kita jadikan peringatan Israk Mikraj ini sebagai permulaan untuk meningkatkan lagi amal ubudiyah kita kepada Allah SWT sesuai dengan sunnah Rasulullah.

Dan jadikan peringatan ini sebagai suatu hal yang mendamaikan dan memberikan bukti bahawa Islam adalah agama penyayang.

Diharapkan peristiwa Israk Mikraj ini dapat memperkuatkan amalan kita tentang kewajiban solat fardhu lima waktu serta semoga kita sentiasa mampu menjaga solat dengan baik.

                             SALAM ISRAK MIKRAJ
                          27 Rejab 1444H / 18 Feb 2023



Terbaru Lebih lama